Thursday 18 April 2013

alat-alat artikulasi


ALAT- ALAT ARTIKULASI
Konsep/ Definisi oleh Tokoh
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.
Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.
FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI
DEFINISI
Anak tekak
Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.
Lidah
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.
Pita suara
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.
Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.
Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.
Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.
Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.
Epiglotis
Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.
Fungsi Alat Artikulasi
Anak tekak
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Lidah
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan udara.
Pita suara
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara.
Rahang
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang berperanan penting dalam pembuyian vokal.
Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga berperanan dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut.
Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ].
Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung.
Epiglotis
Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker, epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.

No comments:

Post a Comment