Monday 17 March 2014

PSV3111 sem 6

Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.


Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah.  Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat  penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.


Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Prinsip Pentaksiran
Pengertian Pengujian


Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.  Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

a.  Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. 

b.  Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. 

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di  sekolah.

c.  Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. 

d.   Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.


Tujuan Penilaian

i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia  ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. 
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat  menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. 
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. 
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. 
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat  berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.  Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a.  Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.  Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. 

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

-  Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
-  Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

-  Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.

d. Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.  Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.


Konsep Pentaksiran



Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.  Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksiran


i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.













2.1 Jenis Pentaksiran

2.1.1 Pentaksiran autentik 

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.  Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang  memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi  maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
 
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti 
yang disebut oleh HillS (1993);

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.  Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).


Umumnya  pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk  dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni  visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

-  Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
 
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak 

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.


Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah: 

i.      Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii.      Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii.      Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv.      Subjek membina maksud yang tersirat.
v.      Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian 
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya 
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.  Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Thursday 18 April 2013

bmm3108 sem 4


1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (2005 : 945), linguistik bermaksud pengajian ilmu bahasa. David Crystal pula dalam bukunya, A Dictionary of Linguistic and Phonetics ( 1986 : 181 ), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( the scientific study of language). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:
“The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics.”
            Menurut Verhaar ( 1985 : 1 ), perkataan lingustik berasal daripada perkataan Latin, iaitu “lingua” yang bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti bahasa Perancis ( langue, langage ), bahasa Itali ( lingua ), atau bahasa Sepanyol ( lengua ) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics ). Bidang pengkajian linguistik boleh dibahagikan kepada empat bidang.
General Linguistics (Linguistik Umum ) ialah cabang linguistik yang menjelaskan secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah, sehingga menghasilkan teori umum tentang bahasa. Selain itu, bidang ini turut membahaskan ciri umum bahasa manusia secara sederhana, umum, tepat dan objektif. Bidang ini juga menginformasikan secara umum tentang teori, prosedur kerja, dan kefahaman yang berkembang dalam linguistik. Bidang kedua ialah Applied Linguistics ( Linguistik Terapan ). Bidang ini  berusaha untuk menerapkan hasil penelitian linguistik untuk keperluan praktis, atau mengkaji persoalan praktis yang berhubungan dengan bahasa. Contohnya dalam pengajaran bahasa dan penerjemahan.
Theoritical Linguistics (Linguistik Teoritis) ialah bidang yang mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal, melihat bahasa dari proses - proses yang dijumpai dalam bahasa, serta melihat bahasa sebagai bukan sebagai alat. Bidang ini juga berbeza dengan teori linguistik yang menguraikan bagaimana cara yang seharusnya digunakan untuk meneliti, dan menganalisis bahasa. Bidang linguistik yang keempat ialah History of Linguistics  (Sejarah Linguistik). Bidang ini melibatkan huraian secara kronologi tentang perkembangan linguistik dari masa ke masa, sehingga dapat diketahui kemajuan-kemajuan yang telah dicapai. Cabang kajian bidang fonetik dan fonologi terangkum dalam bidang kajian Linguistik Am di mana huraian bahasa dilakukan  secara umum dan universal.

2.0 Fonem

            Fonem boleh diertikan sebagai unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Fonem ialah  satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi. Manusia dapat mengeluarkan banyak bunyi dan fon, tetapi daripada fon – fon tersebut, hanya beberapa sahaja distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu distingtif , fon – fon dibanding dan dikontraskan antara satu sama lain. Oleh itu, fon – fon yang distingtif dapat dikenalpasti daripada perbezaan sebutan kerana dihasilkan dalam konteks yang berlainan tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon – fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.

Perbezaan makna dapat ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya perkataan palu dan balu . Dalam pasangan minimal perkataan palu dan malu, terdapat bunyi yang berbeza atau distingtif, iaitu pada bunyi p dan bunyi b .

            Oleh kerana perkataan palu dan balu hampir sama, kecuali, kecuali bunyi p dan bunyi t , maka dikatakan bahawa bunyi p dan bunyi b adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Jika p diganti dengan b, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, bunyi p dan b . Oleh itu, p dan b adalah unit terkecil yang berfungsi atau dikenali sebagai fonem, kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu / p / dan / b /.
           

Terdapat contoh – contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna seperti yang berikut :
i)                    pakar
bakar
/ p / dan / b / adalah fonem yang berbeza.
      ii)         tulang
                  dulang      
                  / t / dan / d / adalah fonem yang berbeza.
     iii)        sayang
                 wayang      
                  / s / dan / w / adalah fonem yang berbeza.



2.1 Kaedah Mengenalpasti Fonem

            Terdapat dua kaedah mengenalapasti fonem, iaitu analisis fonem segmental dan analisis fitur distingtif :

2.1 ( a ) Analisis Fonem Segmental

            Bunyi – bunyi bahasa disegmen menjadi fon – fon. Fon – fon ini dikelaskan mengikut cara sebutan , daerah sebutan dan cara penghasilan bunyi ini sama ada melibatkan getaran pita suara atau tidak. Contohnya seperti fon [ p ] dan [b]. Kedua – duanya merupakan konsonan letupan, tetapi [ p ] tidak bersuara manakala [ b ] pula bersuara. Contohnya seperti pasangan perkataan Inggeris berikut :

            [ puš ] push bermakna tolak
            [ buš ] bush bermakna semak

            Perkara ini menunjukkan [ p ] dan [ b ] membezakan makna sehingga menghasilkan dua perkataan yang berlainan dalam lingkungan yang sama. Maka dua fon konsonan ini adalah dua fonem yang berlainan iaitu / p / dan / b /.

2.1 ( b ) Analisis Fitur Distingtif.

            Dalam analisis ini, ciri – ciri atau fitur – fitur yang menunjukkan kedua – dua konsonan ini adalah berbeza diambilkira. Setiap satu fonem mempunyai beberapa fitur – fitur atau dikatakan juga mempunyai satu ikatan fitur. Dalam fitur – fitur tersebut,  terdapat fitur – fitur yang distingtif atau dapat dibezakan dengan fonem – fonem yang lain. Contohnya seperti pada fitur – fitur fonem / p / dan / b / :


                 Fitur
p
b
Bibir
Letupan
Bersuara
  -

           
Dengan menggunakan tiga fitur sahaja, dua fonem iaitu / p / dan / b /  dapat dibezakan. Contohnya seperti :
            / p / = [ √ bibir bersuara, √ letupan, - bersuara.]
            / b / = [ √ bibir, √ letupan , √ bersuara ]

3.0 Alofon

            Alofon ialah anggota – anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem berlaku disebabkan terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem / p / yang hadir di awal perkataan paku dihasilkan sebagai bunyi letupan sempurna. Apabila / p / hadir di akhir kata seperti pada perkataan tutup, bunyi letupan ini tidak disempurnakan. Kesimpulaannya, alofon ialah varian fonem yang berdasarkan kedudukan.

4.0 Sistem Fonologi Bahasa Melayu
           
             Sistem fonologi bahasa Melayu mengkaji tentang sistem atau peraturan yang terdapat dalam bunyi bahasa Melayu.. Terdapat beberapa definisi atau pengertian yang berkaitan dengan fonologi. Sebagai contoh, F. Parker mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji tentang sesuatu bahasa iaitu tentang rumus- rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik pula memberikan pengertian fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi- bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan mentakrifkan fonologi dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu ( 1993 : 40 )       sebagai ilmu yang mengkaji bunyi – bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

            Dalam buku Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu, fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi – fungsi bahasa. Bidang ini, menentukan sistem bunyi sesuatu bahasa sama ada bunyi  itu bersifat distingtif ( membezakan makna ) atau tidak distingtif. ( tidak membezakan makna ). Dalam pengertian yang lain, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi – bunyi bahasa yang berfungsi. Bunyi – bunyi berfungsi ini ialah bunyi – bunyi yang digunakan dalam sesuatu pertuturan. Kajian bidang fonologi tebahagi kepada dua iaitu cabang fonetik dan fonemik.

Alat – alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengeluar (artikulator) dan jdaerah pengeluar. Alat artikulasi ialah bahagian - bahagian yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contohnya pada bahagian hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. Daerah pengeluar (artikulasi) pula merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator. Contohnya seperti pada bahagian gigi atas, gusi dan lelangit keras.
                                   
Gambarajah : Alat- alat Artikulasi
 
No.
Nama Alat Artikulasi
1
Paru- paru
2
Batang Tengkorak
3
Pangkal Tengkorak
4
Pita Suara
5
Krikoid
6
Tiroid
7
Aritenoid
8
Dinding rongga kerongkong
9
Epiglotis
10
Akar lidah
11
Akar lidah, lidah belakang,pangkal lidah
12
Tengah lidah
13
Daun lidah
14
Hujung lidah
15
Anak tekak
16
Langit- langit lembut
17
Langit- langit keras
18
Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi
19
Gigi atas
20
Gigi bawah
21
Bibir atas
22
Bibir bawah
23
Mulut
24
Rongga mulut
25
Rongga hidung
 
4.1 Penggolongan bunyi bahasa Melayu
4.1 ( a ) Bunyi vokal bahasa Melayu.
            Bunyi – bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada bunyi – bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika mengeluarkan bunyi tersebaut, pita suara akan digetarkan. Semasa mengeluarkan bunyi vokal, udara dari paru – paru dikeluarkan tanpa sebarang sekatan udara atau gangguan. Terdapat enam vokal asli dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang.
            Perkataan depan, tengah dan belakang merujuk kepada kedudukan lidah iaitu depan lidan,tengah lidah dan belakang lidah. Istilah sempit, separuh sempit, luas dan separuh luas merujuk kepada keadaan rongga mulut. Kedudukan vokal – vokal dalam bahasa Melayu dapat dilihat seperti di dalam jadual.
                         Vokal
Lambang         Nama vokal
Vokal depan

[ i ]                   vokal depan sempit
[ e ]                  vokal depan separuh sempit
[ a ]                  vokal depan luas
Vokal tengah
[ә ]                   vokal tengah
Vokal belakang
[ u ]                  vokal belakang sempit
[ o ]                  vokal belakang separuh
                          sempit

            Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, bunyi vokal depan separuh sempit [ e ] dan vokal tengah [ә ] dilambangkan oleh huruf yang sama, iaitu huruf e. Huruf e yang melambang kan bunyi vokal separuh sempit  [ e ] dikenali sebagai e taling, manakala huruf e yang mewakili vokal tengah disebut sebagai e pepet. Tiga bunyi vokal i, a, u dapat hadir di awal, di tengah dan akhir kata, manakala vokal e ( e taling ), o dan e ( e pepet ) hanya hadir di awal dan tengah kata asli Melayu.
Taburan vokal asli bahasa Melayu ditunjukkan seperti di dalam jadual di bawah :

    Vokal
                                           Kedudukan

Awal kata
Tengah kata ( terbuka )
Tengah kata ( tertutup )
  Akhir kata
              [  i ]
itu
pisau
pintar
pili
              [ e ]
elok
tengok
tembak
tauge
              [  a ]
asyik
balik
bantal
bara
              [  u ]
uri
suria
syurga
sumbu
              [ o ]
olak
rosak
rompak
konco
              [ ә ]
enau
lemak
lembap
idealisme


4.2 Bunyi Konsonan Bahasa Melayu
            Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain bunyi vokal. Konsonan boleh terdiri daripada bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Semasa bunyi konsonan dihasilkan, udara yang keluar dari paru – paru mengalami sekatan udara. Bunyi konsonan dibahagikan kepada dua iaitu konsonan asli dan pinjaman.
Cara sebutan
                                       Daerah sebutan
  Bibir
Gigi - gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
  Glotis
Letupan
       p,b
      t,d
    
     k ,g
    k [ ]
Letusan


 c [ č ] j [ ĵ ]


Geseran

         s


    h
Getaran

         r



Sengauan
        m
         n
/ ny/ [ɲ ]
/ ng / [ ŋ ]

Sisian

         l



Separuh vokal
        w


      y

            Sembilan konsonan asli dapat hadir di awal, di tengah, dan di akhir kata. Konsonan pinjaman bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada dari bahasa Sanskrit ,Arab , ataupun Inggeris. Bunyi konsonan tersebut terdiri daripada konsonan geseran seperti :
a ) Geseran bibir- gigi tidak bersuara   [ f ].        d ) geseran gigi bersuara [ ǒ ]
 b ) geseran bibir – gigi bersuara [ v ]                  e ) geseran gigi- gusi bersuara [ z ]
c ) geseran gigi tak bersuara  [ θ ]                       f ) geseran lelangit keras tak bersuara [ z ]
g ) geseran lelangit lembut tak bersuara [ š ]      h ) geseran lelangit lembut bersuara [ δ ]

4.3 Bunyi diftong bahasa Melayu
            Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya. Diftong juga dibezakan daripada vokal rangkap yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata. Contoh rangkap vokal terdapat pada perkataan ‘main’. Vokal a dan i pada kata itu ialah dua vokal penuh dan kata itu terdiri daripada dua suku kata iaitu ma da in.
Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu  [ ai ], [ au ], dan [ oi ]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah :\
a ) diftong [ ai ] – aising, hairan, pandai.
b ) diftong [ au ] – aurat , saudara, kerbau.
c ) [ oi ]- boikot, amboi.

4.4 Suku kata
            Suku kata ialah pecahan pada sesuatu kata yang terdiri daripada satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Suku kata hanya akan terbentuk dengan adanya bunyi vokal kerana bunyi konsonan sahaja tidak dapat membentuk suku kata dalam bahasa Melayu. Suku kata dapat dibahagikan kepada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka berakhir dengan huruf vokal manakala suku kata tertutup berakhir dengan huruf konsonan. Berdasarkan  Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 11 pola suku kata dalam bahasa Melayu.    



              Pola
               Contoh penggunaan
               V
                       Anak, dia
              VK
                      Unta, diam
              KV
                      Kapal, asli
              KVK
                      Lampu, pasang
             KKV
                      Program, drama
             KKVK
                      Blok, ekspres
             VKK
                      eksperimen
             KVKK
                      Bank, injuksi, saspens.
             KKVKK
                      Kompleks
             KKKV
                      Skru, stratifikasi
            KKKVK
                      Spring, infrastruktur.
                       
           







                        Jadual pola suku kata dalam bahasa Melayu.
Daripada 11 pola tersebut, empat pola yang pertama iaitu V, VK, KV, KVK merupakan pola umum suku kata bahasa Melayu, manakala tujuh pola yang berikutnya merupakan pola pinjaman dari bahasa Inggeris. Selain itu, terdapat empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Empat pola suku kata terbuka itu ialah V, KV, KKV dan KKKV.
5.0 Kesimpulan
            Dalam aspek fonologi, terdapat 4 aspek yang perlu difahami iaitu aspek bunyi, fonem, huruf dan suku kata. Kemahiran yang terdapat dalam bidang ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek. Apabila bunyi – bunyi bahasa ini dapat difahami, manusia akan dapat mengujarkan sesuatu bunyi dengan betul.