1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (2005 :
945), linguistik bermaksud pengajian ilmu bahasa. David Crystal pula dalam
bukunya, A Dictionary of Linguistic and
Phonetics ( 1986 : 181 ), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap
bahasa ( the scientific study of language). Dalam The New Oxford
Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:
“The scientific study of language and its structure, including the study of
grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include
sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,
comparative linguistics, and structural linguistics.”
Menurut
Verhaar ( 1985 : 1 ), perkataan lingustik berasal daripada perkataan Latin,
iaitu “lingua” yang bermaksud bahasa.
Perkataan Latin ini digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada
bahasa Latin seperti bahasa Perancis (
langue, langage ), bahasa Itali ( lingua ), atau bahasa Sepanyol ( lengua ) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics ). Bidang pengkajian
linguistik boleh dibahagikan kepada empat bidang.
General
Linguistics
(Linguistik Umum ) ialah cabang linguistik yang menjelaskan secara umum semua
bahasa manusia yang bersifat alamiah, sehingga menghasilkan teori umum tentang bahasa.
Selain itu, bidang ini turut membahaskan ciri umum bahasa manusia secara
sederhana, umum, tepat dan objektif. Bidang ini juga menginformasikan secara
umum tentang teori, prosedur kerja, dan kefahaman yang berkembang dalam
linguistik. Bidang kedua ialah Applied
Linguistics ( Linguistik Terapan ). Bidang ini berusaha untuk menerapkan hasil penelitian
linguistik untuk keperluan praktis, atau mengkaji persoalan praktis yang berhubungan
dengan bahasa. Contohnya dalam pengajaran bahasa dan penerjemahan.
Theoritical
Linguistics (Linguistik
Teoritis) ialah bidang yang mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal,
melihat bahasa dari proses - proses yang dijumpai dalam bahasa, serta melihat bahasa
sebagai bukan sebagai alat. Bidang ini juga berbeza dengan teori linguistik yang
menguraikan bagaimana cara yang seharusnya digunakan untuk meneliti, dan
menganalisis bahasa. Bidang linguistik yang keempat ialah History of Linguistics (Sejarah Linguistik). Bidang ini melibatkan huraian
secara kronologi tentang perkembangan linguistik dari masa ke masa, sehingga
dapat diketahui kemajuan-kemajuan yang telah dicapai. Cabang kajian bidang
fonetik dan fonologi terangkum dalam bidang kajian Linguistik Am di mana
huraian bahasa dilakukan secara umum dan
universal.
2.0 Fonem
Fonem boleh diertikan
sebagai unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Fonem ialah satu unit ujaran yang bermakna, atau
perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi. Manusia dapat mengeluarkan
banyak bunyi dan fon, tetapi daripada fon – fon tersebut, hanya beberapa sahaja
distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu distingtif , fon –
fon dibanding dan dikontraskan antara satu sama lain. Oleh itu, fon – fon yang
distingtif dapat dikenalpasti daripada perbezaan sebutan kerana dihasilkan
dalam konteks yang berlainan tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon – fon
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
Perbezaan makna dapat ini dapat
dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya
perkataan palu dan balu . Dalam pasangan minimal
perkataan palu dan malu, terdapat bunyi yang berbeza atau distingtif, iaitu
pada bunyi p dan bunyi b .
Oleh kerana perkataan palu dan balu
hampir sama, kecuali, kecuali bunyi p dan bunyi t , maka dikatakan bahawa bunyi
p dan bunyi b adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Jika p diganti dengan b, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, bunyi p dan b . Oleh itu, p dan b adalah unit terkecil yang berfungsi
atau dikenali sebagai fonem, kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Bunyi
fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu / p / dan / b /.
Terdapat contoh –
contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna seperti yang berikut :
i)
pakar
bakar
/ p / dan / b /
adalah fonem yang berbeza.
ii) tulang
dulang
/ t / dan / d / adalah fonem yang
berbeza.
iii) sayang
wayang
/ s / dan / w / adalah fonem yang
berbeza.
2.1 Kaedah Mengenalpasti Fonem
Terdapat dua kaedah
mengenalapasti fonem, iaitu analisis fonem segmental dan analisis fitur
distingtif :
2.1 ( a ) Analisis Fonem Segmental
Bunyi – bunyi bahasa
disegmen menjadi fon – fon. Fon – fon ini dikelaskan mengikut cara sebutan ,
daerah sebutan dan cara penghasilan bunyi ini sama ada melibatkan getaran pita
suara atau tidak. Contohnya seperti fon [ p ] dan [b]. Kedua – duanya merupakan
konsonan letupan, tetapi [ p ] tidak bersuara manakala [ b ] pula bersuara.
Contohnya seperti pasangan perkataan Inggeris berikut :
[ puš ] push bermakna tolak
[ buš ] bush bermakna semak
Perkara ini menunjukkan [
p ] dan [ b ] membezakan makna sehingga menghasilkan dua perkataan yang
berlainan dalam lingkungan yang sama. Maka dua fon konsonan ini adalah dua
fonem yang berlainan iaitu / p / dan / b /.
2.1 ( b ) Analisis Fitur Distingtif.
Dalam
analisis ini, ciri – ciri atau fitur – fitur yang menunjukkan kedua – dua
konsonan ini adalah berbeza diambilkira. Setiap satu fonem mempunyai beberapa
fitur – fitur atau dikatakan juga mempunyai satu ikatan fitur. Dalam fitur –
fitur tersebut, terdapat fitur – fitur
yang distingtif atau dapat dibezakan dengan fonem – fonem yang lain. Contohnya
seperti pada fitur – fitur fonem / p / dan / b / :
Fitur
|
p
|
b
|
Bibir
|
√
|
√
|
Letupan
|
√
|
√
|
Bersuara
|
-
|
√
|
Dengan menggunakan
tiga fitur sahaja, dua fonem iaitu / p / dan / b / dapat dibezakan. Contohnya seperti :
/
p / = [ √ bibir bersuara, √ letupan, - bersuara.]
/
b / = [ √ bibir, √ letupan , √ bersuara ]
3.0 Alofon
Alofon ialah anggota –
anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu
sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang
tergolong ke dalam satu fonem berlaku disebabkan terpengaruh oleh bunyi
tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /
p / yang hadir di awal perkataan paku
dihasilkan sebagai bunyi letupan sempurna. Apabila / p / hadir di akhir kata
seperti pada perkataan tutup, bunyi
letupan ini tidak disempurnakan. Kesimpulaannya, alofon ialah varian fonem yang
berdasarkan kedudukan.
4.0 Sistem Fonologi Bahasa Melayu
Sistem fonologi bahasa Melayu mengkaji tentang
sistem atau peraturan yang terdapat dalam bunyi bahasa Melayu.. Terdapat
beberapa definisi atau pengertian yang berkaitan dengan fonologi. Sebagai
contoh, F. Parker mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji
tentang sesuatu bahasa iaitu tentang rumus- rumus yang menentukan sebutan.
Kamus Linguistik pula memberikan pengertian fonologi sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi- bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah
Hassan mentakrifkan fonologi dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Melayu ( 1993 : 40 ) sebagai ilmu
yang mengkaji bunyi – bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Dalam buku Fonetik dan Fonologi
bahasa Melayu, fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi –
fungsi bahasa. Bidang ini, menentukan sistem bunyi sesuatu bahasa sama ada
bunyi itu bersifat distingtif (
membezakan makna ) atau tidak distingtif. ( tidak membezakan makna ). Dalam
pengertian yang lain, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi –
bunyi bahasa yang berfungsi. Bunyi – bunyi berfungsi ini ialah bunyi – bunyi
yang digunakan dalam sesuatu pertuturan. Kajian bidang fonologi tebahagi kepada
dua iaitu cabang fonetik dan fonemik.
Alat – alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu pengeluar (artikulator) dan jdaerah pengeluar. Alat artikulasi
ialah bahagian - bahagian yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat
diletakkan di beberapa kedudukan. Contohnya pada bahagian hujung lidah, bibir
lelangit lembut dan sebagainya. Daerah pengeluar (artikulasi) pula merupakan
tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator. Contohnya seperti pada
bahagian gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Gambarajah : Alat- alat Artikulasi
No.
|
Nama Alat Artikulasi
|
1
|
Paru- paru
|
2
|
Batang Tengkorak
|
3
|
Pangkal Tengkorak
|
4
|
Pita Suara
|
5
|
Krikoid
|
6
|
Tiroid
|
7
|
Aritenoid
|
8
|
Dinding rongga kerongkong
|
9
|
Epiglotis
|
10
|
Akar lidah
|
11
|
Akar lidah, lidah belakang,pangkal lidah
|
12
|
Tengah lidah
|
13
|
Daun lidah
|
14
|
Hujung lidah
|
15
|
Anak tekak
|
16
|
Langit- langit lembut
|
17
|
Langit- langit keras
|
18
|
Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi
|
19
|
Gigi atas
|
20
|
Gigi bawah
|
21
|
Bibir atas
|
22
|
Bibir bawah
|
23
|
Mulut
|
24
|
Rongga mulut
|
25
|
Rongga hidung
|
4.1 Penggolongan bunyi bahasa
Melayu
4.1 ( a ) Bunyi vokal bahasa
Melayu.
Bunyi – bunyi bahasa
Melayu dapat digolongkan kepada bunyi – bunyi vokal, konsonan dan diftong.
Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika mengeluarkan bunyi
tersebaut, pita suara akan digetarkan. Semasa mengeluarkan bunyi vokal, udara
dari paru – paru dikeluarkan tanpa sebarang sekatan udara atau gangguan.
Terdapat enam vokal asli dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada tiga vokal
depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang.
Perkataan depan,
tengah dan belakang merujuk kepada kedudukan lidah iaitu depan lidan,tengah
lidah dan belakang lidah. Istilah sempit, separuh sempit, luas dan separuh luas
merujuk kepada keadaan rongga mulut. Kedudukan vokal – vokal dalam bahasa
Melayu dapat dilihat seperti di dalam jadual.
Vokal
|
Lambang
Nama vokal
|
Vokal depan
|
[ i ] vokal depan sempit
[ e ] vokal depan separuh sempit
[ a ] vokal depan luas
|
Vokal tengah
|
[ә ] vokal tengah
|
Vokal belakang
|
[ u ] vokal belakang sempit
[ o ] vokal belakang separuh
sempit
|
Dalam Sistem Ejaan Baharu
Bahasa Melayu, bunyi vokal depan separuh sempit [ e ] dan vokal tengah [ә ]
dilambangkan oleh huruf yang sama, iaitu huruf e. Huruf e yang melambang kan
bunyi vokal separuh sempit [ e ]
dikenali sebagai e taling, manakala huruf e yang mewakili vokal tengah disebut
sebagai e pepet. Tiga bunyi vokal i, a, u dapat hadir di awal, di tengah dan
akhir kata, manakala vokal e ( e taling ), o dan e ( e pepet ) hanya hadir di
awal dan tengah kata asli Melayu.
Taburan vokal asli bahasa Melayu ditunjukkan seperti di dalam jadual di
bawah :
Vokal
|
Kedudukan
|
|
|||
Awal kata
|
Tengah kata ( terbuka )
|
Tengah kata ( tertutup )
|
Akhir kata
|
||
[ i ]
|
itu
|
pisau
|
pintar
|
pili
|
|
[ e ]
|
elok
|
tengok
|
tembak
|
tauge
|
|
[ a ]
|
asyik
|
balik
|
bantal
|
bara
|
|
[
u ]
|
uri
|
suria
|
syurga
|
sumbu
|
|
[ o ]
|
olak
|
rosak
|
rompak
|
konco
|
|
[ ә ]
|
enau
|
lemak
|
lembap
|
idealisme
|
|
4.2 Bunyi Konsonan Bahasa
Melayu
Bunyi konsonan ialah bunyi
bahasa selain bunyi vokal. Konsonan boleh terdiri daripada bunyi yang bersuara
dan tidak bersuara. Semasa bunyi konsonan dihasilkan, udara yang keluar dari
paru – paru mengalami sekatan udara. Bunyi konsonan dibahagikan kepada dua
iaitu konsonan asli dan pinjaman.
Cara sebutan
|
Daerah
sebutan
|
||||||
Bibir
|
Gigi - gusi
|
Lelangit keras
|
Lelangit lembut
|
Glotis
|
|||
Letupan
|
p,b
|
t,d
|
|
k ,g
|
k [ ]
|
||
Letusan
|
|
|
c [ č ] j
[ ĵ ]
|
|
|
||
Geseran
|
|
s
|
|
|
h
|
||
Getaran
|
|
r
|
|
|
|
||
Sengauan
|
m
|
n
|
/ ny/ [ɲ ]
|
/ ng / [ ŋ ]
|
|
||
Sisian
|
|
l
|
|
|
|
||
Separuh vokal
|
w
|
|
|
y
|
|
||
Sembilan konsonan asli
dapat hadir di awal, di tengah, dan di akhir kata. Konsonan pinjaman bahasa
Melayu dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada dari bahasa Sanskrit ,Arab ,
ataupun Inggeris. Bunyi konsonan tersebut terdiri daripada konsonan geseran
seperti :
a ) Geseran bibir- gigi tidak bersuara
[ f ]. d ) geseran gigi bersuara [ ǒ ]
b ) geseran bibir – gigi bersuara [
v ] e ) geseran gigi- gusi bersuara [ z ]
c ) geseran gigi tak bersuara [ θ ] f ) geseran lelangit keras tak bersuara [ z
]
g ) geseran lelangit lembut tak bersuara [ š ] h ) geseran lelangit lembut bersuara [ δ
]
4.3 Bunyi diftong bahasa
Melayu
Bunyi diftong ialah
percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas.
Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana
berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya.
Diftong juga dibezakan daripada vokal rangkap yang merupakan urutan dua vokal
penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata. Contoh rangkap
vokal terdapat pada perkataan ‘main’. Vokal a
dan i pada kata itu ialah dua vokal
penuh dan kata itu terdiri daripada dua suku kata iaitu ma da in.
Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa
Melayu, iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi
]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah :\
a ) diftong [ ai ] – aising, hairan, pandai.
b ) diftong [ au ] – aurat , saudara, kerbau.
c ) [ oi ]- boikot, amboi.
4.4 Suku kata
Suku kata ialah pecahan
pada sesuatu kata yang terdiri daripada satu vokal atau gabungan vokal dengan
konsonan. Suku kata hanya akan terbentuk dengan adanya bunyi vokal kerana bunyi
konsonan sahaja tidak dapat membentuk suku kata dalam bahasa Melayu. Suku kata
dapat dibahagikan kepada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata
terbuka berakhir dengan huruf vokal manakala suku kata tertutup berakhir dengan
huruf konsonan. Berdasarkan Sistem Ejaan
Rumi bahasa Melayu, terdapat 11 pola suku kata dalam bahasa Melayu.
Pola
|
Contoh penggunaan
|
V
|
Anak, dia
|
VK
|
Unta, diam
|
KV
|
Kapal, asli
|
KVK
|
Lampu, pasang
|
KKV
|
Program, drama
|
KKVK
|
Blok, ekspres
|
VKK
|
eksperimen
|
KVKK
|
Bank, injuksi,
saspens.
|
KKVKK
|
Kompleks
|
KKKV
|
Skru, stratifikasi
|
KKKVK
|
Spring, infrastruktur.
|
Jadual pola suku kata dalam bahasa Melayu.
Daripada 11 pola tersebut, empat pola yang
pertama iaitu V, VK, KV, KVK merupakan pola umum suku kata bahasa Melayu,
manakala tujuh pola yang berikutnya merupakan pola pinjaman dari bahasa
Inggeris. Selain itu, terdapat empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku
kata tertutup. Empat pola suku kata terbuka itu ialah V, KV, KKV dan KKKV.
5.0 Kesimpulan
Dalam aspek fonologi,
terdapat 4 aspek yang perlu difahami iaitu aspek bunyi, fonem, huruf dan suku
kata. Kemahiran yang terdapat dalam bidang ini boleh diaplikasikan dalam
pelbagai aspek. Apabila bunyi – bunyi bahasa ini dapat difahami, manusia akan
dapat mengujarkan sesuatu bunyi dengan betul.